Sample text

Powered by Blogger.

Popular Posts

Followers

Wednesday 21 August 2013

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH
Ditubuhkan pada tahun 1964. Sekolah yang pertama menumpang dirumah seorang penduduk kampung yang bernama Encik Minggan ak Solang.

Jumlah murid ketika itu 18 orang dengan seorang tenaga pengajar yang dibekalkan oleh Lundu District Council.

Pada tahun 1966, penduduk kampung  telah mendirikan 2 buah bangunan di atas tapak sementara yang dipinjamkan oleh penduduk kampung yang prihatin. Beratapkan zink, berdindingkan pelupuh buluh dan berlantaikan tanah. Tika itu, bilangan murid hanya 51 orang dengan 2 orang tenaga pengajar.

Pada tahun 1978, bangunan yang sedia ada kini telah didirikan di tapak sekarang yang mana telah dibiayai oleh Bank Dunia.

Bangunan yang baru telah dirasmikan pada 7 Julai 1979 oleh Ketua Mentari Sarawak ketika itu Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Rahman Yakub.

LOKASI SEKOLAH

Terletak di kilometer 3 Jalan Sebako. 21 kilometer dari Pejabat Pelajaran daerah Lundu.
Manakala keluasan tanah 5 ekar meter persegi.